Wednesday, March 27, 2019

30 IDEA UNTUK MENGHIAS BENTO ATAU BEKAL YANG COMEL.

Hari-hari kalau ibu sediakan bekal tak menarik, anak mesti merungut kan. Bukannya susah pun nak hias kan bento atau bekal makanan anak-anak kita supaya kelihatan menarik. anak pun berselera nak meikmati bekal/bento yang kita sediakan. Okay hari ini saya hendak berkongsi 20 contoh idea bagi menghias bekal/ bento.


SELAMAT MENCUBA !!!!




























Related image



Related image


Related image





Image result for cara membuat bento untuk anak





Image result for cara membuat bento untuk anak





Related image

Related image


Image result for cara membuat bento untuk anak



Wednesday, March 20, 2019

6 IDEA UNTUK MENYEDIAKAN BEKAL UNTUK SARAPAN PAGI

1. ROTI JALA COKLAT






Bahan-bahan diperlukan:


  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan air
  3. 1 sudu minyak masak
  4. 1 biji telur gred A
  5. 2 sudu kecil cocoa powder (LiNa Pg guna dark coklat) boleh gantikan dgn milo
  6. 2 sudu besar gula kastor (boleh jg gn gula pasir)
  7. 2 sudu besar susu pekat manis
  8. Secubit garam

CARA PENYEDIAAN : 

  1. Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati (LiNa Pg hanya gaul guna hand whisk)Kemudian tapiskan
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (LiNa Pg gn acuan botol muncung 3)
  3. Panaskan kuali non-stick pan, sapukan sedikit minyak.Kirai/jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung
  4. Roti jala coklat ni sedap dimakan begitu saja.Kemanisan sedang2 jer.Boleh jugak dicicah susu pekat manis atau sebarang sos kegemaran.


2. ROTI TELUR PISANG






Bahan-bahan diperlukan:


  1. 3 biji telur
  2. 4 keping roti putih (dipotong kulit tepi - tapi saya tak potong tak mau membazir)
  3. 2 biji pisang masak (dihiris nipis) apa saja pisang yang boleh di makan- berangan/emas/montel
  4. 1 sudu besar susu segar
  5. sedikit majerin / mentega ~ 1camb
  6. garam dan serbuk lada putih secukupnya.


Cara menyediakan dan memasak:


  1. Pecahkan telur, masukkan susu, garam dan serbuk lada putih. Pukul sehingga sebati.
  2. Sapukan majerin/ mentega pada roti dan letakkan pisang di atasnya. Kemudian tutup dengan sekeping roti yang lain.
  3. Potong roti bentuk segi tiga dan celupkan ke dalam bancuhan telur dan biarkan sedikit meresap.
  4. Panaskan kuali dan bubuh sedikit majerin. Letakkan roti yang telah dicelup tadi.
  5. Pasrikan roti masak di kedua-dua bahagian dan sisi sehingga kekuningan.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama salad atau manisan madu dan jem yang masam
  7. * Sesuai buat bekal atau berkelah..yang pastinya ia mengenyangkan...serta enak di makan ketika panas.

3. ROTI BAKAR TELUR GOYANG 





BAHAN-BAHAN :

1. Dua hingga  enam keping roti (saya lagi suka guna rotri Gardenia, kalau nak guna jenama roti lain       pujn boleh ).
2. Dua atau tiga biji telur ( bergantung kepada citarasa masing-masing, kalau suka makan telur        
    goyang, letak lah lebih )
3. Mentega secukupnya
4. Kaya ( nak guna kaya berperisa pandan pun boileh )
5. Secubit garam dan serbuk lada sulah 
6. minyak masak 


CARA PENYEDIAAN : 

1. Bakar roti sehinnga perang
2. Kemudian sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti.
3. Kemudian, panaskan kuali dan tuangkan minyak, tunggu minyak sehingga panas/.
4. Setelah minyak panas, goreng telur mata kerbau stengah masak
5. Akhir sekali, letakkan telur goreng setngah masak tadi diatas roti yang telah disapu dengan                 mentanga.




4. ROTI GULUNG BERINTI TUNA


Image result for ROTI GULUNG BERINTI TUNA

BAHAN-BAHAN :

1.Dua hingga empat keping roti
2. Tiga biji telur dan dipukul sedikit dengan garfu
3. Secawan tuna flakes
4. Sebiji labu bawang besar (kalau tak suka makan bawang, boleh kurangkan.)
5. Sbiji cili merah yang panjang dan dicincang halus (kalau tak makan pedas, boleh kurangkan )
6. Sebiji cili hijau dan dicincang halus
7. Satu sudu teh serbuk paprika atau lada sulah
8. Secubit garam secukupnya


CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah di dalam sebuah       mangkuk dan gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga sebati.
2. Ambil dua hingga empat keping roti, kemudian buangkan keraknya dan leperkan lebihan roti              tersebut.
3. cedok satu sudu besar campuran tuna tadi kemudian, letakkan di atas roti yang telah dileperkan.          sapukan roti dengan sedikit telur.
4. celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur
5. panaskan miyak didalam kuali dan gorengkan gulungan roti tadi sehingga bewarna keperangan. 
6. setelah siap menggoreng, bolehlah dihidangkan atau diletakkan kedalam bekas untuk dijadikan            bekal.



5. SANDWICH AYAM DAN SALAD 


Image result for SANDWICH AYAM DAN TUNA


BAHAN-BAHAN :

1. Satu kepingan ayam bahagian dada
2. Satu senduk besar mayones
3. Beberapa helai daun salad
4. Baguette Perancis secukupnya
5. Mentega secukupnya
6. Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya


CARA PENYEDIAAN :

1. Lumurkan ayam dengan secubit garam, lada sulah, dan lada hitam kemudian dipanggang sehingga      masak dan cincang halus 
2. Campurkan sesenduk mayaness ke dalam mangkuk berisi ayam yang telah dicincang dan gaulkan      sehingga rata.
3. tambahkan lada sulah atau lada hitam dan gaulkan hingga sebati
4. sapukan sedikit mentega ke atas roti 
5. letakkan sehelai daun salad ke atas roti
6. kemudian, letakkan satu sudu besar campuran ayam dan ratakan di atas roti 
7. ambil sekeping lagi roti yang telah disapu mentega dan tutup seperti sandwich
8. akhir sekali boleh dihidang atau diletakkan kedalam bekas untuk dijadikan sebagai bekal.




6 .LEMPENG SAYUR DAN AYAM 


Related image


BAHAN-BAHAN :

1. Secawan tepung gandum 
2. tiga per empat cawan air
3. sekeping ayam (bahagian dada) dan dicincang halus
4. Satu biji cili merah yang telah dicincang halus
5. Dua biji tomato yang telah dicincang halus
6. Sebiji labu bawang besar yang telah dicncang halus
7. Satu sudu cincangan daun bawang yang halus
8. Satu sudu parutan lobak merah 
9. Secubit garam, serbuk lada sulah
10. Secubit serbuk penaik.


CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati.
2. sekiranya bancuhan terlalu pekat, tambahkan sedikita air dan sekiranya bancuhan terlalu cair maka      tambah sedikit tepung.
3. Sapukan minyak pada kuali leper kemudian sendukkan sedikit bancuhan ke dalam kuali.
4. masak lempeng tersebut sehingga bewarna keperangan di kedua-dua bahagian.
5. siap, dan boleh dihidangkan atau dijadikan bekal untuk ketempat kerja atau ke sekolah.


4 IDEA MENYEDIAKAN BENTO ATAU BEKAL UNTUK ANAK KE SEKOLAH

Untuk pengetahuan anda, bento mempunyai manfaat yang tersendiri antaranya adalah :
  • Makanan bersih dan berkhasiat yang disediakan sendiri di rumah
  • Mengutamakan makanan yang seimbang dan sihat
  • Menggunakan bahan-bahan makanan yang berwarna-warni dan menarik
  • Sajian kelihatan lebih comel, dan anak kita pun tertarik untuk menikmati makanan tersebut 
  • jimat perbelanjaan. ini bermaksud kita tidak perlu bekalkan mereka duit saku untuk berbelanja ketika berada di sekolah. 
Okay ini lah dia 4 menu yang saya akan kongsikan :

1. KARI AYAM KATSU JEPUN DAN NASI PUTIH.

     
kid size chicken katsu curry 

BAHAN-BAHANNYA ADALAH : 

NASI :
1 cawan beras 
2 cawan air 
(seeloknya guna beras perang )

AYAM GORENG :
sepotong isi ayam (seeloknya bahagian dada)
tepung goreng ayam 
garam 

CARA PENYEDIAAN AYAM GORENG 
1. potong isi ayam kepada beberapa kepingan serta cuci
2.  masuk kan kepingan ayam tersebut kedalam bekas 
3. letak tepung goreng ayam dan secubit garam, kemudian gaulkan sehingga sebati.
4. panaskan miyak menggoreng 
5. kemudian goreng ayam sehingga berwarna kekuningan.
    (rasanya semua orang tahu goreng ayam kan )


KUAH KARI
susu segar
satu sudu besar serbuk kari ( kalau boleh guna serbuk kari yang tidak pedas)
secubit garam 
secubit sebuk perasa
hirisan bawang kecil dan putih

CARA PENYEDIAAN KUAH KARI :
1.panas kan periuk, kemuadian masukkan dua sudu besar minyak dan tumis bawang sehinnga naik     bau.
2. kemudian masuk kan serbuk kari yang terlah diadukan dengan air kedalam periuk, masak sehingga naik bau
3. kemudian baru masukkan susu segar dan garam.. sukatan bergantung kepada citrasa sendiri.

okay kalau dah siap semua bahan diatas, boleh lah hias makanan tersebut supaya ianya kelihatan menarik. barulah anak-anak tertarik nak menikmati makanan. kalau boleh hias lah bento tersebut berkonsepkan kartun, yalah budak-budak kan tertarik dengan benda yang berunsurkan kartun.



2. PASTA CARBONARA, ROTI SOSEJ DAN BUAH LIMAU
 


BAHAN-BAHAN PASTA CARBONARA 
sepaket pasta
sos carbonara ( kalau x nak guna sos carbonara dalam tin boleh je nak buat sos sendiri)

BAHAN-BAHAN ROTI SOSEJ
sepotong roti (kalau nak sedap gunalah roti gardenia)
serbuk roti
sosej
2 biji telur

CARA PENYEDEIAAN ROTI SOSEJ 
1. Balut sebatang sosej dengan sekeping roti
2. kemudian celupkan roti tadi kedalam telur yang telah dipecahkan dan digaul kedalam mangkuk
3. setelah siap digaul, kemudia letakan serbuk roti keatas roti yang telah dicelup tadi
4. panas kan minyak menggoreng 
5. kalau rasa minyak dah panas tu, boleh lah goreng roti tersebut.

JANGAN LUPA SEBIJI BUAH LIMAU .

berkenaan dengan hiasan, kalau boleh hias lah bento tersebut supaya kelihatan menarik, sebab yang nak makan nanti anak kita. kalau tak menarik, buat penat jelah kita bangun pagi sedia kan bekal untuk mereka kan. Gambar kat atas tu adalah salah satu contoh untuk hiaskan bento. 


3. BIHUN GORENG, TELUR DADA, NUGGET DAN BUAH OREN.

 

BAHAN-BAHAN

Bihun goreng (kalau boleh guna bihun goreng cina, sbb tak pedas)
sekeping telur dadar
beberapa ketul nugget ayam goreng (kalau nak gantikan sosej pun boleh )
sebiji buah oren ( nak gantikan dengan buah lain pun boleh, contoh nya tembikai)

kat atas tu adalah contoh idea atau konsep nak hias bento kita supaya nampak menarik. (gambar tu saya google aje. selain bertemakan spongebob, boleh aje nak cuba karakter kartun yang lain contohnya Hello Kitty- untuk anak perempan lerr, kalau anak lelaki kita pun minat karakter kartun tu, tak salah kot kalau nak cuba. heheheh)



4.  BUBUR NASI IKAN BILIS, TELUR DAN BUAH


 

BAHAN-BAHAN

Sudah tentulah bahan utamanya bubur nasi 
ikan bilis yang telah digoreng
sebiji telur ( ikut citarasa masing-masing kalau nak guna telur ayam, atau telur puyuh, kalau saya lebih suka letak telur puyuh sebab comel)
buah ( buah pun ikut citarasa sendiri, nak guna buah tembikai, oren, betik pun boleh)

Gambar tu contoh, saya ambil kat google je. kalau nak ikut pun boleh, comelkan. Okay itulah dia serba sedikit yang saya nak kongsikan, semoga bermanfaat.







30 IDEA UNTUK MENGHIAS BENTO ATAU BEKAL YANG COMEL.

Hari-hari kalau ibu sediakan bekal tak menarik, anak mesti merungut kan. Bukannya susah pun nak hias kan bento atau bekal makanan anak-anak ...