Wednesday, March 20, 2019

6 IDEA UNTUK MENYEDIAKAN BEKAL UNTUK SARAPAN PAGI

1. ROTI JALA COKLAT






Bahan-bahan diperlukan:


  1. 1 cawan tepung gandum
  2. 1 cawan air
  3. 1 sudu minyak masak
  4. 1 biji telur gred A
  5. 2 sudu kecil cocoa powder (LiNa Pg guna dark coklat) boleh gantikan dgn milo
  6. 2 sudu besar gula kastor (boleh jg gn gula pasir)
  7. 2 sudu besar susu pekat manis
  8. Secubit garam

CARA PENYEDIAAN : 

  1. Satukan semua bahan ke dalam blender dan blend sebati (LiNa Pg hanya gaul guna hand whisk)Kemudian tapiskan
  2. Masukkan adunan ke dalam acuan roti jala (LiNa Pg gn acuan botol muncung 3)
  3. Panaskan kuali non-stick pan, sapukan sedikit minyak.Kirai/jala adunan ke atas non-stick pan, biarkan selama 1minit (hingga masak).Kemudian angkat.Lipat/gulung
  4. Roti jala coklat ni sedap dimakan begitu saja.Kemanisan sedang2 jer.Boleh jugak dicicah susu pekat manis atau sebarang sos kegemaran.


2. ROTI TELUR PISANG






Bahan-bahan diperlukan:


  1. 3 biji telur
  2. 4 keping roti putih (dipotong kulit tepi - tapi saya tak potong tak mau membazir)
  3. 2 biji pisang masak (dihiris nipis) apa saja pisang yang boleh di makan- berangan/emas/montel
  4. 1 sudu besar susu segar
  5. sedikit majerin / mentega ~ 1camb
  6. garam dan serbuk lada putih secukupnya.


Cara menyediakan dan memasak:


  1. Pecahkan telur, masukkan susu, garam dan serbuk lada putih. Pukul sehingga sebati.
  2. Sapukan majerin/ mentega pada roti dan letakkan pisang di atasnya. Kemudian tutup dengan sekeping roti yang lain.
  3. Potong roti bentuk segi tiga dan celupkan ke dalam bancuhan telur dan biarkan sedikit meresap.
  4. Panaskan kuali dan bubuh sedikit majerin. Letakkan roti yang telah dicelup tadi.
  5. Pasrikan roti masak di kedua-dua bahagian dan sisi sehingga kekuningan.
  6. Angkat dan boleh di hidangkan bersama salad atau manisan madu dan jem yang masam
  7. * Sesuai buat bekal atau berkelah..yang pastinya ia mengenyangkan...serta enak di makan ketika panas.

3. ROTI BAKAR TELUR GOYANG 





BAHAN-BAHAN :

1. Dua hingga  enam keping roti (saya lagi suka guna rotri Gardenia, kalau nak guna jenama roti lain       pujn boleh ).
2. Dua atau tiga biji telur ( bergantung kepada citarasa masing-masing, kalau suka makan telur        
    goyang, letak lah lebih )
3. Mentega secukupnya
4. Kaya ( nak guna kaya berperisa pandan pun boileh )
5. Secubit garam dan serbuk lada sulah 
6. minyak masak 


CARA PENYEDIAAN : 

1. Bakar roti sehinnga perang
2. Kemudian sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti.
3. Kemudian, panaskan kuali dan tuangkan minyak, tunggu minyak sehingga panas/.
4. Setelah minyak panas, goreng telur mata kerbau stengah masak
5. Akhir sekali, letakkan telur goreng setngah masak tadi diatas roti yang telah disapu dengan                 mentanga.




4. ROTI GULUNG BERINTI TUNA


Image result for ROTI GULUNG BERINTI TUNA

BAHAN-BAHAN :

1.Dua hingga empat keping roti
2. Tiga biji telur dan dipukul sedikit dengan garfu
3. Secawan tuna flakes
4. Sebiji labu bawang besar (kalau tak suka makan bawang, boleh kurangkan.)
5. Sbiji cili merah yang panjang dan dicincang halus (kalau tak makan pedas, boleh kurangkan )
6. Sebiji cili hijau dan dicincang halus
7. Satu sudu teh serbuk paprika atau lada sulah
8. Secubit garam secukupnya


CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan tuna flakes, bawang, cili merah, cili hijau, paprika, garam dan lada sulah di dalam sebuah       mangkuk dan gaulkan kesemua bahan tersebut sehingga sebati.
2. Ambil dua hingga empat keping roti, kemudian buangkan keraknya dan leperkan lebihan roti              tersebut.
3. cedok satu sudu besar campuran tuna tadi kemudian, letakkan di atas roti yang telah dileperkan.          sapukan roti dengan sedikit telur.
4. celupkan roti tadi ke dalam bancuhan telur
5. panaskan miyak didalam kuali dan gorengkan gulungan roti tadi sehingga bewarna keperangan. 
6. setelah siap menggoreng, bolehlah dihidangkan atau diletakkan kedalam bekas untuk dijadikan            bekal.



5. SANDWICH AYAM DAN SALAD 


Image result for SANDWICH AYAM DAN TUNA


BAHAN-BAHAN :

1. Satu kepingan ayam bahagian dada
2. Satu senduk besar mayones
3. Beberapa helai daun salad
4. Baguette Perancis secukupnya
5. Mentega secukupnya
6. Garam, lada sulah dan lada hitam secukupnya


CARA PENYEDIAAN :

1. Lumurkan ayam dengan secubit garam, lada sulah, dan lada hitam kemudian dipanggang sehingga      masak dan cincang halus 
2. Campurkan sesenduk mayaness ke dalam mangkuk berisi ayam yang telah dicincang dan gaulkan      sehingga rata.
3. tambahkan lada sulah atau lada hitam dan gaulkan hingga sebati
4. sapukan sedikit mentega ke atas roti 
5. letakkan sehelai daun salad ke atas roti
6. kemudian, letakkan satu sudu besar campuran ayam dan ratakan di atas roti 
7. ambil sekeping lagi roti yang telah disapu mentega dan tutup seperti sandwich
8. akhir sekali boleh dihidang atau diletakkan kedalam bekas untuk dijadikan sebagai bekal.




6 .LEMPENG SAYUR DAN AYAM 


Related image


BAHAN-BAHAN :

1. Secawan tepung gandum 
2. tiga per empat cawan air
3. sekeping ayam (bahagian dada) dan dicincang halus
4. Satu biji cili merah yang telah dicincang halus
5. Dua biji tomato yang telah dicincang halus
6. Sebiji labu bawang besar yang telah dicncang halus
7. Satu sudu cincangan daun bawang yang halus
8. Satu sudu parutan lobak merah 
9. Secubit garam, serbuk lada sulah
10. Secubit serbuk penaik.


CARA-CARA PENYEDIAAN :

1. Satukan semua bahan dan gaulkan sehingga sebati.
2. sekiranya bancuhan terlalu pekat, tambahkan sedikita air dan sekiranya bancuhan terlalu cair maka      tambah sedikit tepung.
3. Sapukan minyak pada kuali leper kemudian sendukkan sedikit bancuhan ke dalam kuali.
4. masak lempeng tersebut sehingga bewarna keperangan di kedua-dua bahagian.
5. siap, dan boleh dihidangkan atau dijadikan bekal untuk ketempat kerja atau ke sekolah.


1 comment:

  1. Ringkass dan mudah utk syaa ikut step by step..thnk u..

    ReplyDelete

30 IDEA UNTUK MENGHIAS BENTO ATAU BEKAL YANG COMEL.

Hari-hari kalau ibu sediakan bekal tak menarik, anak mesti merungut kan. Bukannya susah pun nak hias kan bento atau bekal makanan anak-anak ...